Biografi

 

(PSM, SPNS, SJMK, SPMP, SSAP, SSMZ, DGPN, DGSM, DSPN, JSM, SMJ, DJN, DSM, KMN)

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, 63 tahun, memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) daripada Universiti Malaya pada tahun 1972.  Beliau kemudian melanjutkan pengajiannya di Catholic University of Leuven, Belgium dan memperolehi Ijazah Sarjana (cum laude) daripada universiti berkenaan pada tahun 1979.  Beliau kini bertugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tan Sri Nor Mohamed telah memainkan peranan penting dalam pembentukan dan perlaksanaan langkah-langkah unorthodox termasuk kawalan pertukaran wang terpilih pada bulan September 1998, yang telah memulihkan ekonomi dari Krisis Kewangan 1997-1998.

Tan Sri Nor Mohamed bertugas di Bank Negara Malaysia dari tahun 1968 hingga 1994.  Setelah menceburi sektor swasta buat seketika, beliau kembali bertugas di Bank Negara pada bulan September 1998 sehingga Mei 2000. Pada Mei, 2000 sehingga Januari, 2004 beliau berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri. Pada Januari 2004 beliau mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara disusuli dengan pelantikan beliau sebagai Menteri Kewangan II dari 2004 sehingga 2009. Pada April 2009 susulan kepada penstrukturan semula Kabinet beliau kemudiannya diberi mandat yang lebih besar, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menerajui Unit Perancang Ekonomi dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta.

Sepanjang perkhidmatan beliau di Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Mohamed bertanggungjawab terhadap pelaksanaan beberapa projek penting, antaranya pelaksanaan sistem perbankan Islam di Malaysia, sistem Ar-Rahnu (pajak gadai Islam), memperkenalkan mekanisme pembayaran dua hala di antara Bank Negara Malaysia dan Bank-bank Pusat negara Selatan-Selatan, penubuhan Suruhanjaya Sekuriti, Cagamas Berhad dan Rating Agency Malaysia Berhad.  

Semasa memegang jawatan sebagai Penasihat Khas Ekonomi kepada Perdana Menteri pada Mei 2000 sehingga Januari 2004, Tan Sri Nor Mohamed telah memainkan peranan penting dalam menjayakan aktiviti penstrukturan semula beberapa syarikat korporat, termasuk UEM, MRCB, MAS, Tabung Haji, Johor Corp., KUB, dan syarikat-syarikat keretapi transit aliran ringan (PUTRA dan STAR). Beliau juga bertanggungjawab mewujudkan skim PROSPER, yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang peruncitan.

Tan Sri Nor Mohamed pernah berkhidmat sebagai ahli lembaga Suruhanjaya Sekuriti, Cagamas Berhad, Malaysia Airlines, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Tabung Amanah Warisan Johor dan Pengurusan Pelaburan ASN Berhad.                                       



Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor,
No 6, Jalan Merbau Indah,
Taman Merbau Indah Sungai Dua,
13800 Butterworth, Pulau Pinang.

Tel: 04-356 5801 Fax: 04-356 5802

 
Hantar
Maklumbalas Kepada Y.B.

3 + 2 =
Solve this simple math problem and enter the result. E.g. for 1+3, enter 4.