Majlis Perasmian Program Mikro

Tarikh: 
29/01/10 (All day)

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KEWANGAN MIKRO BANDAR CAWANGAN KUANTAN
UCAPAN OLEH
TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
KOMPLEKS DAGANGAN MAHKOTA
BANDAR INDERA MAHKOTA
KUANTAN, PAHANG
29 JANUARI 2010

YBhg. Dato' Hajj Amihamzah Bin Ahmad Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia;
Yang Berusaha Puan Zabidah Ismail Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia;
YBhg. Dato' Noriah Ahmad
Ketua Pengarah
Unit Perancang Ekonomi;
Ahli-ahli Lembaga Amanah Ikhtiar; Hadirin yang dihormati sekalian.
Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

  1. Marilah kita bersama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat bersama di Majlis Perasmian Program Kewangan Mikro Bandar Cawangan Kuan tan. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan saya kepada Lembaga Pengarah serta pengurusan dan kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia yang telah menjemput saya untuk merasmikan Majlis pada hari ini.

    Hadirin sekalian,
     
  2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah saya kepada Ahli Lembaga serta semua warga Amanah Ikhtiar Malaysia di atas usaha gigih mereka memperluaskan Program Kewangan Mikro Bandar ini dengan begitu jayanya. Program ini dibuka kepada semua rakyat berbilang kaum yang berpendapatan rendah untuk menambah pendapatan serta menaikkan taraf hid up mereka, dengan menyediakan sumber pinjaman bagi mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Program ini merupakan antara teras utama Kerajaan untuk membela nasib semua golongan rakyat yang memerlukan bantuan, supaya mereka dapat bersama menyertai arus pembangunan pesat negara. Sesungguhnya, prinsip inclustveness ini bertujuan mempastikan setiap rakyat bersama menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup yang berterusan.
     
  3. Statistik menunjukkan bahawa 70 peratus daripada penduduk negara kini tinggal di kawasan bandar. Kadar kemiskinan di kalangan mereka di bandar ialah sekitar 2 peratus,
    sementara kadar kemiskinan tegar sebanyak 0.3 peratus. Selaras dengan iltizam Kerajaan untuk membasmi kemiskinan, terutamanya miskin tegar menjelang akhir tahun ini, peranan Amanah Ikhtiar Malaysia yang telah berjaya menyumbang kepada usaha membasmi kemiskinan di luar bandar, telah diperluaskan ke kawasan bandar.
     
  4. Kerajaan sedar bahawa sebahagian besar daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah di bandar tidak berupaya untuk meningkatkan taraf hidup mereka kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi. Mereka menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan dari institusi kewangan formal memandangkan mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap, apatah lagi tidak mempunyai sumber untuk dijadikan cagaran {collateral) dan jauh lagi dari mempunyai credit track record. Pada mereka ini, mikro kredit yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar merupakan harapan bagi mereka mendapatkan sumber kewangan bagi menjalankan aktiviti ekonomi yang berpotensi menjana pendapatan dan menambah baik taraf hidup mereka dan keluarga.
     
  5. Saya amat berbangga Program Kewangan Mikro Bandar yang telah sama-sama kita usaha dan mulakan di Lembah Kelang semenjak pertengahan tahun 2008 telah berjaya mengembangkan sayapnya ke 17 kawasan di semua negeri di Semenanjung. Kini, saya difahamkan seramai 21,215 sahabat telah mendapat manfaat daripada Program ini, dengan jumlah pinjaman sebanyak 57.2 juta ringgit. Di kawasan Kuantan ini, terdapat seramai 966 sahabat yang telah menerima pinjaman sebanyak 2.5 juta ringgit.

    Hadirin sekalian,
     
  6. AIM telah memainkan peranan yang penting dalam mempastikan golongan berpendapatan rendah, diluar bandar dan bandar, mempunyai peluang untuk menjadi usahawan kecil, dengan menyediakan akses kepada perkhidmatan kewangan melalui penyediaan kemudahan pinjaman Skim Kewangan Mikro. Sesungguhnya, pelaksanaan Program ini telah banyak membolehkan isi rumah miskin dan mereka yang berpendapatan rendah untuk terlibat di dalam kegiatan ekonomi yang produktif dan, seterusnya menyumbang kepada kejayaan negara mengurangkan kadar kemiskinan. Kini, lebih 230 ribu keluarga miskin dan berpendapatan rendah telah mendapat manfaat pembiayaan melebihi 3.65 bilion ringgit.
     
  7. Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa Kajian Impak yang telah dijalankan menunjukkan 90 peratus daripada jumlah sahabat telah berjaya keluar dari garis kemiskinan. Di samping itu, purata pemilikan aset mereka, termasuk tanah, peralatan perniagaan serta kenderaan juga telah meningkat lebih tiga kali ganda. Di atas kejayaan mereka ini, ramai sahabat-sahabat yang telah mendapat pembiayaan yang lebih besar daripada institusi kewangan perbankan bagi mempcrluaskan perniagaan mereka.
     
  8. Walaupun sistem kredit AIM tidak memerlukan cagaran dan penjamin, namun prestasi bay a ran balik pembiayaan dari para peminjamnya adalah amat cemerlang, iaitu pada tahap 99 peratus. Kebolehan peserta-peserta Ikhtiar membayar balik dengan cemerlang mencerminkan kejayaan pendekatan Amanah Ikhtiar memupuk semangat motivasi di kalangan para sahabat untuk mengubah minda dan sikap mereka ke arah meningkatkan kesejahteraan serta memperbaiki taraf hid up diri sendiri dan keluarga. Semangat bermuafakat, bekerjasama, serta bantu membantu antara sahabat dalam kumpulan yang diamalkan di bawah pendekatan skim pembiayaan Amanah Ikhtiar telah berjaya membentuk nilai-nilai positif di kalangan sahabat yang telah menjamin kejayaan mereka.

    Hadirin sekalian,
     
  9. Kerajaan terus komited untuk memajukan lagi peniaga-peniaga kecil supaya bukan sahaja memberi peluang menambah sumber pen da pa tan mereka, bahkan juga menyumbang kepada perkembangan aktiviti ekonomi negara. Untuk mempastikan mereka mempunyai lebih aksesibiliti kepada kemudahan pembiayaan, Kerajaan telah menggalakkan lebih banyak institusi kewangan untuk menyediakan kemudahan kredit mikro. Kini, kredit mikro yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan, bank-bank pembangunan dan bank-bank komersial be rj urn Ian lebih 2 billion ringgit pada tahun 2009 berbanding 151 juta ringgit pada tahun 2000, peningkatan lebih 30 peratus setahun.
     
  10. Saya yakin Amanah Ikhtiar akan terus berusaha mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam mempastikan kemakmuran berterusan serta taraf hidup lebih tinggi untuk sahabat-sahabatnya. Untuk ini, penyampaian perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan merupakan antara teras penting dalam sesebuah organisasi. Dalam konteks ini, pihak pengurusan perlu membangunkan tenaga kerja yang berketerampilan yang mempunyai kompetensi serta lengkap dengan budaya kerja berkualiti demi memberikan kepuasan kepada pelanggan. Ini termasuk komitmen untuk menumpukan kepada usaha mencapai kecekapan operasi berterusan dan meningkatkan produktiviti serta inovasi, selaras dengan initiatif Kerajaan melaksanakan penanda aras kecemerlangan dalam semua agensi kerajaan.
     
  11. Dalam kita melangkah masuk ke tahun 2010 ini, marilah kita sama-sama mengukuhkan lagi komitmen dan memantapkan dedikasi untuk terus maju jaya dalam memperjuangkan tanggungjawab demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama memperkasakan lagi agenda kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan perdana dalam pembangunan berterusan ekonomi negara.

    Hadirin sekalian,
     
  12. Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua penerima pembiayaan pada hari ini. Saya be r ha rap tuan-tuan dan puan-puan akan memanfaatkan sepenuhnya
    kemudahan modal yang disediakan untuk menjadi rakyat Malaysia yang berjaya.
     
  13. Dengan lafaz Bismillahirrahmanir rahim, saya dengan ini melancarkan Majlis Program Kewangan Mikro Bandar Cawangan Kuan tan.

    Sekian, terima kasih.
    Wasalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.
    Unit Perancang Ekonomi
    Putrajaya
    29 Januari 2010



Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor,
No 6, Jalan Merbau Indah,
Taman Merbau Indah Sungai Dua,
13800 Butterworth, Pulau Pinang.

Tel: 04-356 5801 Fax: 04-356 5802

 
Hantar
Maklumbalas Kepada Y.B.

1 + 5 =
Solve this simple math problem and enter the result. E.g. for 1+3, enter 4.